Followers

Mari (+) money dgn Klik heartBeat..^^

Sunday 20 March 2011

Mau pergi jauh.

Suatu ketika dulu..time umur baru 5 tahun..aku selalu duduk di tangga pada waktu tengahari.Kenapa?Sebab aku suka sangat tengok budak2 pulang dari sekolah.Rumah aku terletak 500 meter jak dari sekolah rendah..jadi, tiap kali loceng tengahari bunyi, aku memang pegi keluar berdiri di tangga..Semua budak sekolah pulang keriangan and aku sangat cemburu.Aku xsabar mau masuk sekolah.Akhirnya, semasa aku tadika, aku rasa sangat riang melangkah ke tadika.Aku xpernah ada kes menangis time awal sekolah seperti budak2 lain yang xmo di tinggalkan ibu bapa..Cikgu aku sendiri cakap dengan bapa aku..aku ni peramah and periang..seolah-olah teruja berjumpa ramai orang.Ya..memang aku gembira..Akhirnya aku xperlu tunggu di tangga lagi untuk tengok budak sekolah pulang.

Sehinggalah bila aku masuk ke sekolah rendah..kegembiraan ku makin terserlah dan mempunyai raaamai kawan..cemerlang dalam pelajaran and menjadi harapan guru-guru..Tiap tahun aku dapat nombor 1 dalam exam walaupun nda belajar.aku hairan dan akhirnya menjadi habit aku utk nda belajar..sebab aku tau aku xkan gagal.. Malangnya,aku lupa diri buat seketika..Akibat terbiasa berada di puncak, aku mula tidak dapat menerima kekalahan.Aku memang xboleh tengok kalau aku gagal.So, kalau ada time tu aku dapat markah rendah..aku memang xmau ada orang tau..huhu..Aku alpa..alpa..dan terus hanyut...

Time ni, aku mula nda sabar mau masuk sekolah menengah..aku mau sangat pakai kain biru muda tu..Aku rasa, kalau dah besar mesti best kan..Ya..Akhirnya aku masuk lah di sebuah sekolah di Kota kinabalu..Di sini, semuaa murid pandai-pandai..and aku rasa mcam kecil jak bila berada di sini..dan aku mulai berpijak di bumi yang nyata..Aku xlagi bangga2 diri..Ishh...buruknya perangai aku dulu..Time ni,aku belajar rajin-rajin sebab xmau jadi orang yang terakhir dalam kelas ni..and aku mau buktikan juga yang aku boleh memberi saingan dengan budak-budak pandai ni..Usaha tu nampaknya berbaloi bila aku dapat tempat kedua dalam peperiksaan akhir.So, aku pun naik lah ke kelas yang lebih advance..Banyak yang aku belajar and di sinilah titik permulaan aku kenal erti persahabatan..Aku dapat kawan2 yang sangat membantu and membawa aku maju dalam pelajaran, buat aku happy, buat aku riang, and time sedih pun ada yang menemani..Di sini aku faham apa tu Sahabat..and aku sangat2 mengutamakan sahabat dalam hidup..terima kasih buat kamu semua...

Kini, aku berada di tahun akhir diploma..dan aku xpernah sangka pun yang aku akan dapat masuk U ni.mungkin bagi orang lain nda mustahil..tapi, bagi orang macam aku, yang selalu bergantung dengan orang lain dan lupa apa potensi yang ada dalam diri...memang sangat bersyukur dapat masuk sini..Aku ada kawan..and aku sudah menyakiiti perasaan dia harini..aku xtau mau buat apa..Masa ni lah aku rasa dah xmau sekolah lagi..kan bagus kalau aku boleh balik macam dulu,,duduk tepi tangga and tengok keriangan orang pulang ke rumah..Aku buntu dan nda tau mau buat apa..Aku kini mengerti..hidup ni, nda selalunya indah...terlalu banyak halangan,cabaran, dan dugaan yang akan di tempuhii..Aku sangat takut kalau tewas di tengah jalan..

Percaya atau tidak..sekarang aku cuma ingin lari..menyendiri di mana-mana..Sepertinya aku nda layak jadi siapa2 buat sesiapa pun..Bukan anak yang baik, buat pelajar yang pandai,bukan gf yang sempurna, dan juga bukan layak menjadi sahabat sesiapa..aku ingin pergi!!!!!

5 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Don't run away. Face it and overcome it. Coz u know, that's just life. I wanna run away too. 'Menghilang macam ninja'. But yeah..Life must go on so make the best out of the bad things that come to u. Okay?


    -A Friend's Advice For You-

    ReplyDelete
  3. tQ just...it already solve..and i wont run..inda jadi lari ..hihihi..tp,hopefully bekas2nya pun hilang n xjadi duri in frenship ..aittceh..

    ReplyDelete
  4. jangan lari...mslh xkn slesai..tp berani lah berhadapan dgn masalah..insyaallah akn selesai:D

    ReplyDelete
  5. yeahh..i was too scared and buntu masa tu..escape seems to be the best way to settle prob..tapi akhirnya...sy tarik nafas and bhadapan dgn prob tu, and ia xlah seteruk yg di sangka..=)

    ReplyDelete